Jaringan Komuniti Membentuk Ekonomi Baru
Dunia Perniagaan di dalam era global telah banyak mengubah cara dan proses perniagaan. Banyak perubahan berlaku di mana komunikasi menjadi elemen pemangkin yang membawa kepada pengembangan pasaran. Usahawan dan peniaga progresif yang sentiasa bergerak, lebih menyerlah. Usahasama menjadi kebiasaan baru di dalam dunia perniagaan, mengumpulkan mereka yang khusus untuk pekerjaan yang tepat dan sesuai. Dunia Perniagaan sedang menuju ke arah pengujudan dan pembangunan komuniti menghargai pendekatan yang lebih bebas, mudah dan fleksibel. Daya dorongan perubahan serta penggunaan sepenuhnya jaringan komuniti akan meningkatkan keupayaan para usahawan untuk mewujudkan pelbagai usahasama perniagaan baru dengan setiap usahawan secara keseluruhannya. Banyak perkhidmatan akan meningkatkan nilai tambah dan memberikan kelebihan kepada usahawan yang berdaya maju. Perusahaan kecil sederhana (PKS) dan koperasi yang menjadi sebahagian daripada tulang belakang ekonomi akan menyerlah apabila jaringan komuniti yang berkonsepkan "interaktif dan dinamis" menjadi realiti. Ekonomi serantau akan berubah kepada pengagihan kemakmuran perniagaan dengan lebih berkesan. Hasilnya, integrasi komuniti usahawan serantau akan meningkatkan budaya perniagaan yang maju dengan komunikasi sosial yang tinggi, diiktiraf dunia dan disegani kerana kecemerlangan dan pengukuhan di dalam era ekonomi baru. Bizcom berhasrat merealisasikan wawasan ini.